Keadaan itu dikesan apabila ramai pengguna didapati menggunakan peralatan seperti router di rumah tanpa menyedari peralatan berkenaan yang kebanyakannya diimport atau diseludup dari China dibuat tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.
Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata, kebanyakan peralatan itu menggunakan spektrum berbeza berbanding peralatan dibenarkan.
“Kami sedang dan sentiasa membuat pemantauan sama ada di rumah mahupun premis yang dikesan menjual peralatan ini berdasarkan aduan dan maklumat orang ramai,” katanya.
Sumber: http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment