affiliate program Media Hari Ini Bersuara: 18 Kapal, 29 Pesawat Laksana Misi SAR
Custom Search

Thursday, March 20, 2014

18 Kapal, 29 Pesawat Laksana Misi SAR






MH370: Kenyataan Penuh Datuk Seri Hishammuddin Untuk Hari Ke-12


PADA hari ke-13 hari ini, sebanyak 18 buah kapal dan 29 pesawat serta enam kapal pengangkut dengan helikopter dikerahkan di sepanjang koridor utara dan selatan untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata di koridor utara, terdapat empat pesawat dengan dua daripadanya dari Malaysia, satu dari Jepun dan satu dari Amerika Syarikat.

“Di koridor selatan, terdapat 25 pesawat menjalankan misi SAR daripada Malaysia (2), Australia (5), China (3), Indonesia (4), India (2), Jepun (4), New Zealand (1), Korea Selatan (1) dan Amerika Syarikat (1).

“Kesemua 18 buah kapal menjalankan misi di koridor selatan daripada Malaysia (6), Australia (1), China (5) dan Indonesia (6). Ia turut disertai dengan enam helikopter tiga dari Malaysia dan tiga dari China,” katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.

Hishammuddin berkata selagi kerajaan Malaysia tidak mendapat kepastian bahawa sudah menemui pesawat MH370, misi SAR akan terus dilaksanakan di kedua-dua koridor berkenaan.

“Saya boleh sahkan ketika ini Malaysia menghantar dua pesawat ke Kazakhstan dan United Kingdom sedang merancang untuk menghantar sebuah kapal laut ke koridor selatan,” katanya.

Beliau  berkata selain aset yang dinyatakan di dua koridor berkenaan, beberapa buat negara turut menjalankan misi SAR di dalam kawasan negara mereka sendiri.

“China menggunakan kesemua cara dan teknologi yang ada termasuk 21 buah satelit untuk mencari di dalam kawasan sempadan, mereka juga bersedia untuk menghantar lebih banyak kapal jika diperlukan.

“Di Kemboja, empat buah helikopter digunakan untuk misi SAR di dalam negara mereka.. Tentera Udara Laos menjalankan operasi di negara mereka dan Singapura menggunakan Pusat Maklumat Antarabangsa mereka dengan wakil Malaysia berada di sana untuk memaklumkan kapal-kapal dagang untuk membantu misi.

“Tentera Thai menjalankan misi SAR di bahagian utara Thailand dengan pesawat manakala Vietnam juga melaksanakan operasi SAR dengan menggunakan bilangan pesawat yang enggan didedahkan,” katanya.


Sumber: http://adf.ly/glKJh


No comments:

Post a Comment