Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan jabatan, Azhar Ishak, berkata operasi bermula sekitar jam tiga petang adalah usaha mencetuskan hujan bagi mengurangkan kesan jerebu di sesetengah lokasi akibat cuaca panas berterusan.
Operasi yang menggunakan pesawat ringan Cessna itu dijalankan
berhampiran kawasan tadahan air dan kawasan paling terjejas teruk akibat
jerebu.
Katanya, keadaan berjerebu dijangka beransur pulih ekoran tiupan angin dari arah timur laut, yang dijangka meningkat secara mendadak selaju 20 kilometer sejam.
“Jerebu dijangka berkurangan beberapa hari lagi kerana tiupan angin timur laut akan bertambah kencang dan menjadi faktor penurunan Indeks Pencemaran Udara (IPU),” katanya.
Sumber: www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment