Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerajaan sentiasa memperuntukkan dana untuk pembangunan Sarawak dan bukan ketika musim pilihan raya.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memberi perhatian
khusus terhadap penduduk di Sabah dan Sarawak terutama masyarakat di
luar bandar serta pedalaman.
“Perdana Menteri memahami keperluan rakyat negeri ini dan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan untuk manfaat rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Jalinan Rakyat di Kampung Lintang, semalam.
Kerajaan lulus RM1.5 bilion
Mohd Shafie berkata, sejumlah RM1.5 bilion diluluskan kerajaan bagi projek bekalan elektrik di pedalaman Sarawak, selain RM600 juta bagi pembinaan Jalan Kapit-Song menghubungkan Kapit ke Kanowit dan Sibu serta kawasan lain.
Beliau berkata, kementerian membelanjakan RM139 juta untuk projek infrastruktur termasuk perumahan rakyat miskin dalam Parlimen Mukah meliputi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan Dalat setakat ini sejak 2011.
Sumber: www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment