affiliate program Media Hari Ini Bersuara: Kapal Besar Milik Norway Bantu Kesan #MH370
Custom Search

Thursday, March 20, 2014

Kapal Besar Milik Norway Bantu Kesan #MH370

2003Norway

Kapal pengangkut kereta milik Norway Hoegh St Petersburg telah tiba di lokasi dua objek dipercayai ada kaitan dengan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut pemilik kapal yang besar itu kapal berkenaan diminta oleh pihak berkuasa Australia untuk membantu melaksanakan misi mencari di lokasi itu iaitu di selatan Lautan Hindi kira-kira di kawasan perairan Perth.

“Kami menerima permohonan dari pihak berkuasa Australia untuk mencari di kawasan berkenaan, kami akan membantu mengesan MH370 selagi diperlukan,” kata wakil syarikat pengangkut kereta Hoegh Autoliners menurut laporan laman web Mirror UK.
Menurut Persatuan Perkapalan Norway, kapal berkenaan merupakan yang pertama tiba di lokasi.

Selain itu, twitter Nine News Australia turut menyiarkan gambar anggota dalam pesawat P-3 Orion Australia yang tiba di lokasi pencarian namun gagal mengesan serpihan kerana keadaan awan yang tebal.

2003Orion

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini mendedahkan mereka mengesan dua objek dari satelit mereka di kawasan perairan yang dikatakan ada kaitan dengan pesawat MH370.
Objek berkenaan bersaiz anggaran 24 meter dan objek yang satu lagi bersaiz lebih kecil.


Sumber: http://adf.ly/glKJh


No comments:

Post a Comment