affiliate program Media Hari Ini Bersuara: Tiga negara Arab haramkan tayangan filem Noah
Custom Search

Sunday, March 9, 2014

Tiga negara Arab haramkan tayangan filem Noah


Aktor, Russell Crowe (kanan) dan aktres, Jennifer Connelly dalam satu daripada babak filem Noah. - AGENSI



KAHERAH 8 Mac - Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengharamkan tayangan filem Noah atas alasan agama meskipun sebelum tayangan perdananya di seluruh dunia dengan beberapa negara lain dijangka mengikuti langkah itu.

Seorang wakil dari Paramount Pictures yang menghasilkan filem dengan kos AS$125 juta (RM400 juta) itu, bahagian penapisan filem dari ketiga-tiga negara Arab tersebut secara rasmi mengesahkan pada minggu ini bahawa Noah tidak akan ditayangkan di negara tersebut.

"Kenyataan rasmi dikeluarkan bagi mengesahkan berita itu kerana filem tersebut bercanggah dengan ajaran Islam,'' kata wakil itu menambah, Mesir, Jordan dan Kuwait dijangka mengambil langkah serupa.

Tayangan perdana Noah yang menceritakan kisah Nabi Nuh dan bahteranya di Amerika Syarikat (AS) akan dilancarkan pada 28 Mac ini.

Filem itu membariskan bintang terkemuka Hollywood termasuk pemenang Oscar, Russell Crowe dan Anthony Hopkins.
Institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar kelmarin turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem itu.

"Al-Azhar memperbaharui bantahannya terhadap apa-apa perbuatan yang menggambarkan rasul-rasul dan nabi-nabi Allah dan para sahabat Nabi Muhammad SAW,'' kata institusi itu dalam satu kenyataan. - REUTERS

 
Sumber: http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment