affiliate program Media Hari Ini Bersuara: Hilang 29 rakan sekali gus
Custom Search

Saturday, March 8, 2014

Hilang 29 rakan sekali gus

Petaling Jaya: “Macam tak percaya apabila kami kehilangan ramai kakitangan pengurusan sekali gus. Sebaik tiba di kilang untuk memulakan syif pagi tadi (semalam) semuanya seperti biasa, sehinggalah kami mendapat e-mel daripada pengurusan.

“Saya simpati dengan apa yang berlaku. Kebiasaannya memang syarikat menghantar pengurusan untuk urusan perniagaan ke China, tak sangka kali ini berakhir dengan berita sedih,” kata kakitangan kilang
Freescale Semiconductor yang mahu dikenali Amin.

Katanya, dia dimaklumkan rakan ketika tiba di tempat kerja pagi semalam dan terkejut apabila mendengar salah seorang daripada pengurus pengeluaran terbabit dalam nahas.

Menurutnya, dia mengenali pengurusnya itu sebagai seorang yang baik malah disenangi pekerja dan bersimpati dengan nasib menimpanya.

FotoKakitangan kilang Freescale Semiconductor antara penumpang pesawat hilang.

“Semua staf menerima emel mengenai kejadian dan pengurusan menjelaskan masih menunggu perkembangan terkini mengenai kejadian itu,” katanya.


Sumber: http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment