
Australia mengerahkan empat pesawat ke Lautan Hindi, hari ini selepas satelit mengesan dua objek yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.
Meskipun tidak menolak kemungkinan objek tersebut bukan pesawat yang hilang, usaha itu tetap digerakkan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia untuk mendapatkan kepastian.
Difahamkan, imej satelit yang lebih jelas serta analisis pakar diperlukan sebelum pengesahan dapat dilakukan.
Berdasarkan imej yang dikeluarkan Organisasi Risikan-Geospatial Australia, objek yang dikesan menerusi imej satelit tersebut berukuran 24 meter panjang dan berada di sekitar kawasan carian sejak dua hari lalu. Justeru pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) kini mengubah hala carian ke kawasan tersebut.
Pengurus Besar Jabatan Respon Kecemasan AMSA, John Young berkata menerusi sidang media, imej satelit ini merupakan petunjuk terbaharu dan terbaik setakat ini.

Tentera Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat kini menuju ke arah objek tersebut yang dilaporkan berada 2,500 kilometer di barat daya Perth, Australia.

Aset yang digunakan oleh Australia dan New Zealand adalah pesawat Orion manakala Amerika Syarikat menghantar kapal P8 Poseidon. Turut menghampiri kawasan ini adalah kapal tentera laut Australia, HMAS Success yang dilengkapi peralatan cangih.
Bagaimanapun, keadaan cuaca yang sederhana di selatan Laut Hindi pada masa ini membuatkan jarak pandangan dilaporkan agak terhad. – REM RAMZI
Sumber: http://adf.ly/glKJh
No comments:
Post a Comment