affiliate program Media Hari Ini Bersuara: Pekerja warga asing maut tertimbus
Custom Search

Thursday, March 6, 2014

Pekerja warga asing maut tertimbus

ALOR GAJAH: Kegembiraan seorang lelaki warga Bangladesh menyimpan gaji pertama diterimanya tengahari semalam sebagai persiapan melangsungkan perkahwinan bulan depan bertukar tragedi ngeri selepas dia mati tertimbus dalam lubang digali di Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Durian Tunggal, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Alamgir Kemal, 25, yang melakukan kerja melabel tanah bagi sistem kumbahan sebuah bangunan tergelincir ke dalam lubang sedalam 3.5 meter dan tertimbus selepas tebing konkrit yang dipijak runtuh.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Laham mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa cedera parah di bahagian kepala.



Sumber: http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment