
PESAWAT mencari dan menyelamat Australia telah dikerahkan untuk mengesan dua objek di selatan Lautan Hindi yang berkemungkinan ada kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Penemuan itu pada mulanya dirakam sebuah satelit milik negara itu pada 16 Mac lalu.
Ia dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia Tony Abott di Parlimen negara itu hari ini, menurut laporan terkini NBC News.
Menurut Abott, beliau telah menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan objek itu yang ditemui di kawasan perairan berhampiran Perth, Australia.
Beliau berkata, analisis lanjut ke atas objek berkenaan perlu untuk mengenalpasti sama ada ia benar-benar dari pesawat MH370 tetapi beliau menganggap penemuan itu sebagai sesuatu yang baru dan boleh dipercayai.
“Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit berkenaan objek berkenaan yang dilihat ada kaitan dengan pencarian dengan pesawat MH370,” kata Abott.
Sebuah pesawat P-3 Orion kini sudah digerakkan ke lokasi untuk melihat dengan lebih dekat objek berkenaan.
Sumber: http://adf.ly/glKJh
No comments:
Post a Comment