affiliate program Media Hari Ini Bersuara: MH370: Pesawat Terbang Atas Ketinggian Maksimum Hingga Semua Pengsan?
Custom Search

Wednesday, March 26, 2014

MH370: Pesawat Terbang Atas Ketinggian Maksimum Hingga Semua Pengsan?


dar komersial (sekunder) selepas ia berpatah balik dari laluan asal penerbangan menuju ke Beijing.  Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER  (9M-MRO) hilang pada 8 Mac dengan membawa 239 penumpang. Pihak berkuasa pada Sabtu berkata, pesawat itu sengaja dilencongkan daripada laluan sebenarnya dan peralatan transmisi di atas pesawat dipadam untuk elak dikesan.     Komunikasi terakhirnya ialah pada 8.11 pagi di utara Selat Melaka.  Penyiasat yang mengkaji data penerbangan MH370 berkata pesawat itu terbang rendah dan menggunakan kawasan terlindung (terrain masking) ketika ia terbang merentasi Teluk Bengal dan menuju utara ke arah daratan, lapor NST.  Pegawai, yang membentuk pasukan teknikal, melihat kepada kemungkinan sesiapa juga yang mengendalikan pesawat pada masa itu mengambil kesempatan terhadap kesibukan laluan udara merentasi Teluk Bengal dan tersekat kepada laluan komersial untuk mengelak disyaki oleh radar utama (tentera), kata akhbar itu.  “Individu yang mengawal pesawat itu mempunyai pengetahuan kukuh mengenai avionic dan navigasi dan meninggalkan jejak yang bersih. Ia melepasi Kelantan, ia adalah benar,” kata NST memetik kenyataan pegawai yang enggan dikenali.  “Terrain masking” merujuk kepada kebolehan meletakkan pesawat supaya alam semula jadi bumi menyembunyikannya daripada gelombang radio yang dihantar daripada sistem radar. Ia adalah teknik yang biasanya digunakan dalam pertempuran di mana juruterbang tentera akan terbang sangat rendah di kawasan berbukit atau pergunungan untuk melindungi kedatangan mereka.  Pakar berkata, menerbangkan Beoing 777 dengan cara itu adalah berbahaya kepada kerangka pesawat udara dan boleh menyebabkan mereka di dalam pesawat pening dan mengalami disorientasi spatial.  Pesawat MH370 dianggarkan terbang selama lapan jam dan pihak berkuasa percaya ia terbang merentasi dua negara lain selain Malaysia, tetapi tidak jelas negara yang mana.  Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pencarian MH370 kini diluaskan ke kawasan antara Thailand hingga Kazakhstan dan Turkmenistan di utara dan Indonesia di selatan.  Pencarian di kawasan baru dilancarkan selepas data satelit mendapati pesawat itu berada di salah satu daripada dua koridor: di utara ialah kawasan menjangkau dari utara Thailand ke Kazakhstan, atau di selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.  NST memetik sumber sebagai berkata, siasatan kini fokus kepada lapangan terbang yang tidak digunakan lagi tetapi dilengkapi landasan panjang yang mampu mengendalikan pesawat besar seperti Boeing 777.  Putrajaya memberikan taklimat kepada wakil negara daripada hampir 24 negara dan meminta bantuan antarabangsa dalam mencari pesawat itu.  “Kawasan mencari diperluaskan,” kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, semalam.  “Daripada fokus utama kepada laut cetek, kita kini melihat kepada kawasan daratan lebih luas, merentasi 11 negara, termasuk kawasan laut dalam dan terpencil,” katanya.  Siasatan juga fokus kepada latar belakang dua juruterbang, anak kapal dan kakitangan lapangan yang bekerja di pesawat yang hilang itu.  Pada Sabtu, pegawai Cawangan Khas menggeledah rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid, 27.  Hari ini, Reuters melaporkan kata-kata terakhir dari kokpit MH370 – “all right, good night” (baiklah, selamat malam) – diucapkan oleh seseorang dalam pesawat yang sudah mula memadamkan satu daripada sistem pengesan automatik pesawat.  Katanya, kedua-dua tempoh masa dan frasa yang tidak formal, diucapkan kepada pengawal trafik udara ketika pesawat meninggalkan ruang udara Malaysia boleh menambahkan lagi syak wasangka MH370 dirampas atau sabotaj.  Hishammuddin semalam berkata, rakam keluar itu adalah selepas salah satu sistem komunikasi data pesawat, yang boleh menyebabkan ia tidak dikesan liputan radar, dipadamkan secara sengaja.  “Jawapan kepada soalan anda ialah ya, ia ditutup sebelum,” katanya kepada media ketika ditanya jika sistem ACARS – penyelenggaraan komputer yang menghantar balik data status pesawat – dinyahaktifkan sebelum suara rakam keluar.  Pemeriksaan latar belakang pesawat tidak memberi maklumat berguna tetapi tidak semua negara yang mempunyai rakyatnya dalam pesawat itu sudah memberi maklum balas terhadap permintaan informasi rakyat mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Analisis yang dibuat terhadap data satelit mendapati pesawat MH370 mengambil masa selama 23 minit pada ketinggian sehingga 45,000 kaki – di atas dari ketinggian maksimum biasa – dan ini mungkin menyebabkan semua orang di atasnya tidak sedarkan diri kerana kekurangan oksigen, lapor tabloid British Daily Mail.

Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 ke 45,000 kaki sebaik sahaja selepas komunikasi terakhir juruterbang dari kokpit pesawat.

“Ia dikesan terbang selama 23 minit pada ketinggian itu sebelum menjunam. Oksigen akan habis selepas 12 minit (dalam kabin) dan menyebabkan penumpang tidak sedarkan diri,” kata sumber.

Pakar berkata, walaupun Boeing 777-200ER boleh terbang setinggi 43,000 kaki maksimum, ia mungkin terbang dengan selamat untuk ketinggian yang lebih lagi.

Tetapi pada ketinggian itu, apabila atmosfera menjadi nipis secara drastik, ia akan mengambil masa seminit sahaja kalau bukan satu saat untuk hipoksia – kekurangan oksigen berlaku, kata Daily Mail.

Corong oksigen akan jatuh dengan sendiri, tetapi ia boleh membekalkan antara lima ke 10 minit gas sahaja.


Sumber: http://adf.ly/glKJh

No comments:

Post a Comment