SHAH ALAM: Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie
Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42
petang tadi selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.
Tiga
anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu
pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi
kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas
keselamatan untuk memasuki kawasan itu.
Difahamkan anggota
polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang
itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.
Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan
itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing
dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari kelapan hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu.
Sementara itu, polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media esok.
"Saya tidak boleh nyatakan bila mereka jalankan siasatan dan siapa yang
memberi maklumat mengenai perkara itu kepada agensi berita luar negara,
Reuters, tadi tetapi apa yang boleh diberitahu setakat ini, kemungkinan
perkara itu akan diumumkan esok.
"Diharap media boleh menunggu," katanya.
Sumber: www.astroawani.com
No comments:
Post a Comment