Kerajaan Malaysia sudah mendedahkan bahawa penyiasatan yang dijalankan menunjukkan pesawat berkenaan sengaja dialihkan laluan dan terbang selama beberapa jam selepas terkeluar daripada laluan asal sama ada ke Asia Tengah atau menuju selatan Lautan Hindi.
Terdahulu, Abbott berkata, beliau tiada maklumat mengenai pesawat itu yang mungkin berada dekat dengan Australia.
Katanya, beliau memberi maklum balas atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Beliau (Najib) minta Australia supaya bertanggungjawab dalam misi SAR di koridor selatan yang Malaysia jangka menjadi salah satu laluan kemungkinan diambil pesawat berkenaan.
"Saya memberikan persetujuan. Saya tawar kepada Perdana Menteri Malaysia untuk hantar sumber pemantauan maritim yang beliau (Najib) sambut dengan baik," katanya. - AFP
Sumber: www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment