affiliate program Media Hari Ini Bersuara: Pelajar Hadiahkan Guru Al-Quran Tanda Terima Kasih
Custom Search

Saturday, March 22, 2014

Pelajar Hadiahkan Guru Al-Quran Tanda Terima Kasih



Seorang pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang mencatat keputusan cemerlang 11A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam tidak lupa jasa gurunya yang menyumbang kepada perkara tersebut.
Bersama nota, Nurul Musfirah Mei menghadiahkan guru Bahasa Inggerisnya, Mohana Kala Murugaiyan sebuah terjemahan al-Quran yang disifatkannya sebagai hadiah paling bernilai di dunia.
hadiah
Dalam catatannya Musfirah antara lain memberitahu Teacher Mohana, dia berharap hadiahnya itu tidak menganggu perasaan kerana dia cuma mahu berkongsi keindahan Islam.

Sebenarnya mana-mana umat Islam yang berasa sangat sayangkan seseorang namun individu tersebut bukan beragama Islam tentu faham apa yang bergolak dalam hati pelajar ini. Sedangkan Nabi Muhammad SWT sendiri, mengimpikan bapa saudaranya yang baik hati dan amat disayangi iaitu Abu Talib memeluk agama Islam.

Apa pun, hidayah adalah milik Allah SAW.

Mynewshub ucapkan tahniah kepada Nurul Musfirah atas kejayaan yang telah dicapai, begitu juga kepada Teacher Mohana yang pasti seorang guru hebat.

Untuk pengetahuan, status ini dikongsikan sendiri Teacher Mohana di laman Facebook miliknya diiringi doa semoga anak muridnya itu sentiasa diberkati.

mohana

Rata-rata memberikan komen positif atas sikap Teacher Mohana dan dari sini dapat dilihat kualiti insan yang dilahirkan KISAS. Tahniah. – REM RAMZI


Sumber: http://adf.ly/glKJh


No comments:

Post a Comment