
SEMALAM Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan angkuh mendakwa beliau lebih layak menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab isu dalam negara khususnya misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Anwar berkata demikian dalam ceramahnya semasa berkempen bagi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang malam kelmarin.
“Kalau orang tidak boleh bertanya orang nombor satu di Malaysia, hendak tanya siapa lagi. Beliaulah bertanggungjawab.
“Saya hairan sebab satu dunia mengatakan beliau tidak sanggup berhadapan dengan media antarabangsa,” katanya dalam laporan Mynewshub.my sebelum ini.
Semalam juga, agensi media CNN membuat temubual bersama Anwar di ibu negara secara langsung berkenaan hubungan kekeluargaan beliau dengan juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Ketika menjawab soalan berkenaan, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau mengenali Zaharie sebagai seorang daripada ahli parti ‘pemerintah’ atau disebut Anwar dalam bahasa Inggeris sebagai ‘ruling party’.
“Dia mempunyai hubungan keluarga dengan menantu saya yang kini sedang bekerja di New York, saya mengenalinya bukan sebagai ahli keluarga tetapi sebagai ahli parti ‘pemerintah’.
“Saya bertemu beliau dalam beberapa program termasuk mesyuarat parti,” kata Anwar menjawab soalan pembaca berita CNN Christiane Amanpour semalam.
Perkataan itu dituturkan Anwar pada minit ke 2.58 rakaman video CNN itu.
Jawapan itu jelas silap kerana di dalam kerajaan Persekutuan parti PKR pimpinan Anwar merupakan parti pembangkang dan bukannya parti pemerintah.
Kemungkinan Anwar dalam keadaan serabut dengan menganggap beliau menjawab bagi pihak kerajaan negeri Selangor. Itupun beliau bukanlah seorang anggota kerajaan negeri di DUN negeri Selangor.
Anwar adalah Ketua Pembangkang di dalam Dewan Rakyat di Parlimen.
Jika begini gaya dengan tergagap-gagap menjawab soalan dari CNN ada hati Anwar mahu menggambarkan dirinya lebih berkredibiliti menjawab soalan media antarabangsa berbanding Najib, penulis rasa jauh sekali.
Sudahlah CNN membuat kesilapan memalukan dengan menulis di beritanya Kuala Lumpur berada di Indonesia, mereka pula menemubual seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang terkapai-kapai dalam perjuangan politiknya tidak diketahui matlamat apa yang perlu diperjuangkan oleh PKR
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS
Sumber: http://adf.ly/glKJh
No comments:
Post a Comment