affiliate program Media Hari Ini Bersuara: Semua 203 sekolah dibuka semula Isnin
Custom Search

Saturday, March 15, 2014

Semua 203 sekolah dibuka semula Isnin

Penutupan tidak dilanjut berikutan kualiti udara makin pulih

Kuala Lumpur: Semua 203 sekolah yang ditutup sejak Jumaat lalu, dibuka semula mulai Isnin ini berikutan kualiti udara yang semakin pulih dan berada di paras selamat.


Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu bapa membawa anak menjalani rawatan perubatan segera jika ada simptom seperti sesak nafas.

Boleh mohon cuti

“Ibu bapa boleh memohon cuti daripada pihak sekolah jika kesihatan anak mereka mudah terjejas dengan jerebu sederhana. Bagaimanapun sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa,” katanya sambil menambah arahan penutupan akan dikeluarkan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kembali mencatatkan paras bahaya.

Jumaat lalu, 203 sekolah di daerah Pelabuhan Klang dan Banting diarah tutup berikutan bacaan IPU di kawasan terbabit mencatatkan paras bahaya.
Pelajar dipindahkan

Sementara itu, 136 pelajar Malaysia di Pekanbaru, Riau, Indonesia, dipindahkan buat sementara waktu ke Medan berikutan IPU di kawasan itu mencecah bacaan 500.

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi Luar Negara, Pemuda UMNO, Onn Hafiz Ghazi, berkata semua yang dipindahkan adalah pelajar Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim.

“Difahamkan setakat ini, tiada pelajar yang sakit, namun kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk merawat mereka di sana sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Selain memberi kemudahan ubat-ubatan, kami juga membantu menyelaraskan kebajikan, pergerakan dan perpindahan mereka dengan nasihat daripada Konsul Besar Malaysia di Medan dan Kementerian Pendidikan yang sudah berada di sana,” katanya. 
 
 
Sumber: www.bharian.com.my
 
 

No comments:

Post a Comment