affiliate program Media Hari Ini Bersuara: Malaysia Lewat Guna Analisa Data Satelit?
Custom Search

Saturday, March 22, 2014

Malaysia Lewat Guna Analisa Data Satelit?

2103LambangTentera

AMAN web Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pihak berkuasa dan pasukan penyiasat khususnya pihak berkuasa Malaysia hanya bertindak berdasarkan data satelit selepas empat hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikesan terputus hubungan dengan radar.

Ia juga menyebut pesawat MH370 telah terbang untuk beberapa jam lebih jauh daripada lokasi mencari dan menyelamat (SAR) peringkat awal yang ditumpukan di sekitar Laut China Selatan berhampiran perairan Vietnam.

Data satelit itu diperolehi oleh syarikat satelit Britain Inmarsat pada 11 Mac yang memberikannya kepada syarikat rakan kongsi mereka untuk dianalisis sebelum akhirnya menunjukkan pesawat itu tidak berada di sekitar kawasan Laut China Selatan.

Malaysia dan negara lain sudah mula mencari di sekitar Laut China Selatan selama tiga hari sejak pesawat MH370 hilang pada 8 Mac lepas.

Data itu menunjukkan dua kawasan iaitu koridor  utara dan selatan yang mungkin menjadi laluan pesawat MH370 yang dijangkakan boleh terbang sejauh kira-kira 4,000km lagi berdasarkan kandungan baki bahan bakar dalam pesawat.

Hasil analisis diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia pada Rabu 12 Mac.
WSJ menyebut Inmarsat turut berkongsi data sama dengan pihak keselamatan British dan juga pihak berkuasa udara British pada hari yang sama.

“Kerajaan Malaysia yang bimbang dengan apa yang boleh dikongsikan membuat keputusan tidak mendedahkan data satelit berkenaan hanya pada 15 Mac melalui satu sidang media oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ketika itu barulah kerajaan Malaysia mengerahkan aset ke dua koridor yang ditunjukkan di dalam data satelit berkenaan,” menurut laporan WSJ itu.

Laporan iut juga menyebut, beberapa pihak yang terlibat dalam siasatan dan pencarian MH370 merasakan kelewatan menganalisis data satelit itu telah menjejaskan pencarian pesawat berkenaan.

Kelewatan itu juga menunjukkan selepas 12 hari, pesawat MH370 hilang, pasukan penyiasat masih mengkaji peta, membahagikan kawasan mencari dan memohon data satelit dari negara-negara terlibat berdasarkan koridor yang dikenalpasti.

Hari ini sudah masuk hari ke-14 pencarian pesawat MH370 di dua koridor utara dan selatan melibatkan banyak negara dengan pelbagai jenis aset di darat, udara dan laut.

Biarpun apa dakwaan WSJ, pihak berkuasa Malaysia telah melakukan yang terbaik untuk merungkai misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat MH370.


Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS


Sumber: http://adf.ly/glKJh

No comments:

Post a Comment