Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, sasaran itu merujuk kepada 10.1 juta pelancong luar, manakala selebihnya pelancong tempatan.
“Kami memberi fokus kepada pelancong luar datang bercuti ke negara ini. Jika kita dapat paparkan imej baik dan menyediakan pengangkutan awam yang efisien, matlamat ini boleh dicapai,” katanya selepas Majlis Meraikan Penumpang ke-50 juta Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif ERL Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor.
Sumber: http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment