
PEMANGKU Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima maklum berkenaan dua objek yang dikesan imej satelit Australia selpas ia dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia Tony Abott.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan dari Abott pada pukul 10 pagi tadi memaklumkan berkenaan penemuan itu.
Abott turut membuat pengumuman itu di Parlimen Australia hari ini.
Hishammuddin berkata objek itu kelihatan di selatan Lautan Hindi dan pihak Pesuruhjaya Tinggi Australia juga telah memberikan taklimat kepada beliau berkenaan objek berkenaan.
“Pada ketika ini, pihak berkuasa Australia masih belum mengenalpasti adakah objek berkenaan benar-benar ada kaitan dengan misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370,” katanya dalam kenyataan itu.
Pesawat MH370 pada 8 Mac lepas dalam penerbangan ke Beijing berlepas dari Lapangan Terbang Antarabansa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam dan sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dengan 12 anak kapal itu kemudiannya hilang dari radar pada pukul 8.11 pagi dengan lokasi terakhir terkini ialah di sekitar Selat Melaka berdasarkan data radar dari pelbagai pihak termasuk dari pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sementara itu, menurut pihak berkuasa Australia dalam satu sidang media di Canberra sebentar tadi memaklumkan sebuah daripada objek berkenaan bersaiz sebesar 24 meter.
Hari ini sudah masuk hari ke-13 pencarian pesawat MH370 dengan tumpuan kawasan di dua Koridor iaitu utara dan selatan. – MYNEWSHUB.MY
Sumber: http://adf.ly/glKJh
No comments:
Post a Comment