affiliate program Media Hari Ini Bersuara: MKN digesa ketuai proses penyampaian maklumat tepat
Custom Search

Sunday, March 16, 2014

MKN digesa ketuai proses penyampaian maklumat tepat

Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara (MKN) digesa mengetuai proses penyampaian maklumat yang tepat berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kesembilan semalam.

Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim, berkata proses penyampaian maklumat itu perlu dilakukan dengan berhati-hati dan cermat terutama pada sidang media yang berlangsung setiap hari.

MKN perlu ke depan dan mengambil alih segera semua proses penyampaian maklumat kepada wartawan terutama media luar negara, sebelum percanggahan fakta dijadikan isu oleh pihak tidak bertanggungjawab” Shahul Hamid Abdul Rahim, Penganalisis jenayah

Tak perlu beban agensi lain

“Kenapa biarkan ramai pihak yang bercakap ketika sidang media berlangsung. Sepatutnya tidak perlu bebankan agensi lain dan MKN perlu mengambil alih tugas terbabit.

“Jika maklumat yang diberikan bercanggah antara satu sama lain, ia akan menghilangkan kepercayaan negara luar terhadap perkhidmatan penerbangan negara ini, perkara ini akan menjejaskan imej negara pada peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Ditanya mengenai wujudnya unsur pengganas dan sabotaj berhubung misteri kehilangan pesawat yang masih belum terungkai itu, Shahul Hamid berkata, apa juga kemungkinan sudah pasti dilakukan seorang yang sangat mahir menerbangkan pesawat Boeing 777-200.
“Terdapat kemungkinan pesawat berkenaan dirampas, tetapi kita masih tertanya-tanya tujuan sebenar rampasan itu dilakukan. Jika ia dilakukan penjenayah yang inginkan tebusan, kebiasaannya mereka akan membuat tuntutan dalam tempoh 24 jam.

“Jika benar pesawat terbabit dirampas sekalipun, kita harap ia bukan dilakukan juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah). Mungkin ada di antara penumpang yang berkemampuan untuk mengendalikan pesawat berkenaan,” katanya.


Sumber: www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment