affiliate program Media Hari Ini Bersuara: JOM…Sertai Kayuhan Amal Anjuran Masjid MMU
Custom Search

Thursday, March 20, 2014

JOM…Sertai Kayuhan Amal Anjuran Masjid MMU

KayuhanAmal01


JOM.. sama-sama menyertai program Kayuhan Amal 2014 anjuran Jawatankuasa Masjid A-Hidayah, Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya yang terbuka untuk semua peminat sukan berbasikal.
Program berkenaan diadakan dengan kerjasama dengan Institusi Usrah pada 29 Mac akan datang di Stadium MMU di Cyberjaya.

Kawasan kayuhan melibatkan sekitar Cyberjaya merangkumi jarak sejauh 20 kilometer.
Menurut penganjur program berkenaan melalui email kepada Mynewshub.my, ia diadakan untuk mencari sumbangan untuk proses penambahbaikan masjid berkenaan.

“Ia juga diadakan untuk mempromosikan Cyberjaya sebagai bandar yang kaya dengan teknologi moden dan pusat rekreasi yang cantik,” menurut laman web program berkenaan di SINI.

Semua kutipan bayaran akan didermakan kepada tabung masjid berkenaan.
Mereka yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai program berkenaan dengan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM30.

Anda boleh menghubungi Zharif Fadzil (01114979040) dan Amirah Hassan (0173718760) untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan pendaftarannya.

Turut disertakan ialah lakaran laluan program berkenaan di Cyberjaya.

PetaLaluan 


Sumber: http://adf.ly/glKJh

No comments:

Post a Comment