"Peristiwa itu adalah satu lagi halangan terhadap prospeknya untuk kembali meraih keuntungan, tetapi setakat ini trend tempahan penerbangan dan faktor muatan MAS jelas tidak berubah dan tidak ada tanda-tanda ia semakin perlahan," kata syarikat penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.
Kegiatan promosi dihentikan, dan laman web syarikat penerbangan itu
'digelapkan' - laman 'terpendam' setelah semua bahan promosi ditiadakan
untuk memberi maklumat dan berita terbaharu mengenai kehilangan MH370
itu.
"Laman web yang 'digelapkan' hanya diaktifkan dalam keadaan krisis dan dalam kes ini kami tidak dapat mengandaikan tempoh masanya," kata RHB Research yang menyarankan saham syarikat itu 'dijual'.
RHB Research juga menurunkan taraf sektor penerbangan tempatan kepada 'neutral' daripada 'beli lebih' tanpa sebarang hasil diraih daripada penggiat industri tahun ini. - BERNAMA
Sumber: www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment