affiliate program Media Hari Ini Bersuara: MH370: Pihak berkuasa Malaysia terbabit misi SAR bermesyuarat
Custom Search

Sunday, March 16, 2014

MH370: Pihak berkuasa Malaysia terbabit misi SAR bermesyuarat

SEPANG: Tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang melibatkan pelbagai negara memasuki hari ke-10 hari ini, pegawai kanan pihak berkuasa Malaysia terbabit dalam pencarian itu mengadakan mesyuarat di Hotel Sama-Sama di sini.

Difahamkan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menghadiri mesyuarat tertutup itu. Mereka dilihat keluar dari bilik mesyuarat pada 12.15 tengah hari.


Pengarah Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid, semasa ditemui selepas mesyuarat itu, enggan bercakap kepada pemberita.

Dipercayai mesyuarat itu akan bersambung pada jam 2 petang dan akan turut disertai wakil Kedutaan China di Kuala Lumpur. Majoriti penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 itu adalah warga China. - BERNAMA



Sumber: www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment