affiliate program Media Hari Ini Bersuara: Sasar 5,000 anggota polis berketurunan Cina sertai PDRM
Custom Search

Friday, March 7, 2014

Sasar 5,000 anggota polis berketurunan Cina sertai PDRM

KUCHING 6 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan mengambil 5,000 anggota dan pegawai daripada keturunan Cina secara berperingkat untuk menyertai pasukan itu dalam tempoh lima tahun bermula 2014.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, ini kerana hanya terdapat 1,974 orang atau 1.77 peratus keturunan Cina daripada lebih 111,000 anggota dan pegawai yang sedang berkhidmat dalam PDRM pada waktu ini.

Menurut beliau, bilangan yang sangat kecil itu menjadi sebab utama PDRM memaparkan iklan berkaitan eksesais pengambilan khas bagi anggota polis berketurunan Cina.

"Kita menyasarkan 5,000 orang terdiri daripada lelaki dan wanita Cina untuk diambil melalui eksesais ini.
"Dalam masa sama, kita juga ingin mengubah persepsi masyarakat Cina yang mengatakan tidak perlu menghantar anak yang baik untuk berkhidmat dalam pasukan polis dan tentera," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Balai Polis Tabuan Jaya di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad.

Balai Polis Tabuan Jaya yang pembinaannya menelan kos RM12.6 juta berjaya disiapkan pada 18 November 2008 tetapi baharu sahaja dirasmikan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Bakri berkata, dakwaan kononnya gaji dan pangkat menjadi sebab kurangnya
komitmen penyertaan kaum Cina dalam PDRM adalah tidak benar.

"Sebenarnya, gaji yang ditawarkan dalam pasukan polis boleh dikatakan lumayan untuk anggota berkenaan menjalani kehidupan yang selesa seperti dalam sektor atau bidang lain.
"Ketika ini, PDRM telah menubuhkan pasukan khas yang terdiri daripada beberapa pegawai polis Cina untuk memainkan peranan menyebarkan maklumat kepada masyarakat kaum itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mungkin akan melonggarkan beberapa syarat semasa sesi pengambilan seperti lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menarik minat masyarakat Cina menyertai polis.



Sumber: http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment