affiliate program Media Hari Ini Bersuara: Tok Mat presiden ISTAF?
Custom Search

Saturday, March 8, 2014

Tok Mat presiden ISTAF?

Kuala Lumpur: Ketika ramai yang mencemuh serta mempertikaikan corak kepimpinan diamalkan Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail, timbul khabar baru apabila Persekutuan Sepak

Takraw Antarabangsa (ISTAF) dikhabarkan mahu menawarkan jawatan selaku pemimpin nombor satu badan induk itu, tidak lama lagi.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Istaf, Datuk Abdul Halim Kader yang berkata, Presiden Istaf ketika ini, Charouck Arichakaran memberi petanda bahawa beliau mahu bersara dalam tempoh terdekat dan membayangkan bahawa Ahmad bakal mengisi kerusi selaku pemimpin utama selepasnya.

“Saya bertemu dengan Charouck di Bangkok minggu lalu dan saya dimaklumkan mengenai hasrat beliau untuk bersara. Beliau mempunyai tempoh hingga dua tahun lagi tetapi membayangkan bahawa mahu bersara lebih awal lagi.

“Dalam pertemuan itu juga, kami ada membincangkan soal penggantinya dan beliau ada menawarkan jawatan itu kepada saya tetapi saya menolak dengan baik kerana saya merasakan ada orang lain yang lebih layak.
FotoAHMAD (dua dari kanan) menyampaikan ucapan ketika sidang akhbar Kejohanan Sepaktakraw Super Series di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Turut kelihatan (dari kiri) Timbalan Presiden II ISTAF, Boonchai Lorhpipat dan Halim.

“Orang yang saya maksudkan ialah (Datuk) Ahmad dan saya serta Charouck sama-sama berpendapat beliau mampu memegang jawatan berkenaan. Cadangan itu dibuat selepas kami meneliti keupayaan serta kemampuan beliau untuk memimpin badan induk antarabangsa,” katanya. - LOKMAN ZAINAL ABIDIN


Sumber: http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment