affiliate program Media Hari Ini Bersuara: ‘Selfie’ Kini Menjadi Lebih Mudah, Ada Aplikasi Baru Hanya Tunjuk Isyarat Saja!
Custom Search

Friday, March 7, 2014

‘Selfie’ Kini Menjadi Lebih Mudah, Ada Aplikasi Baru Hanya Tunjuk Isyarat Saja!







CamMe


Berita baik bagi peminat-peminat selfie di luar sana! Sebuah aplikasi kamera dikenali sebagai CamMe yang dilancarkan untuk peranti iOS kini membantu anda untuk merakam imej selfie anda secara lebih mudah.

Anda tidak perlu lagi menggunakan monopod mahupun mengambil gambar sekurang-kurangnya 12 kali hanya kerana salah seorang daripada rakan anda terkeluar dari frame disebabkan lengan anda terlalu pendek.

Menggunakan aplikasi ini, anda hanya perlu membuat isyarat tangan sambil meletakkan telefon pintar anda sejauh 5 meter tanpa perlu menyentuh sebarang butang untuk mengambil gambar.

CamMe direka dengan fungsi di mana untuk mengambil gambar, anda hanya perlu meletakkan peranti telefon pintar atau iPad (memandangkan aplikasi ini hanya untuk peranti iOS) di hadapan anda, angkat tangan anda dan beri isyarat seperti anda mahu mengenggam jari anda, CamMe akan terus mengaktifkan countdown timer seterusnya mengambil imej penuh anda.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store. Apa lagi yang anda tunggu?!



Sumber: Lowyat

No comments:

Post a Comment