
Dalam filem Sejoli: Misi Cantas Cinta, Maya Karin, 34, melakonkan watak Gina yang sanggup mengatur pelbagai rancangan demi mendapatkan semula jejaka dicintai. Adakah watak itu hampir sama dengan personalitinya di luar?
Pelakon jelita kacukan Melayu-Jerman ini menegaskan, itu bukan caranya kerana dia percaya dengan ketentuan Ilahi. Jika tertulis itu takdirnya, walau di mana dia berada, walau apapun keadaannya, ia pasti berlaku.
Namun Maya tidak menafikan, ketika remaja dia pernah mengejar cinta namun tidak sampai mengatur strategi itu ini. Seperti kebanyakan remaja, perkara normal bergayut di telefon semata-mata mahu mendengar suara jejaka idaman.
Katanya, kenangan itu sudah lama berlalu. Seiring peningkatan usia, Maya kian matang, malah tafsiran cinta juga berbeza.
Andai dulu ada masanya dia seakan-akan terdesak mendapatkan cinta, kini dia lebih santai. Maya tidak perlu dikejar kerana andai tertulis di Loh Mahfuz cinta itu miliknya, pasti ia akan datang dengan sendiri. - SHAKILAWATI ABD RAHMAN
Sumber: http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment