
PEMILIK rumah Seri Salewangeng, Indok Chichuk Daing Hadadek (kanan) bersama anak lelakinya, Abd. Hadi Ambok Intang.
KEUNIKAN rumah tradisional yang tersergam indah di Kampung Sungai Kuali mencuri perhatian penulis semasa melalui mukim Kukup menuju ke Tanjung Piai, Johor, baru-baru ini.
Selepas membuat pusingan U", penulis berhenti di halaman rumah bernombor 27 itu untuk melihat dengan lebih dekat. Pada alamatnya tertera perkataan rumah Seri Salewangeng.
Tidak syak lagi, itulah rumah Bugis tradisional milik Hajah Indok yang popular di kawasan itu selepas perasmiannya pada tahun lalu.
Ketibaan penulis disambut mesra oleh Abd. Hadi Ambok Intang, 44, anak kepada Hajah Indok atau nama sebenarnya Indok Chichuk Daing Hadadek, 70.
Pandangan mata terpegun seketika sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke anjung rumah yang mirip seperti sebuah istana di zaman silam.
Susunan perabot jati yang berusia ratusan tahun kelihatan begitu serasi dengan permukaan dinding kayu yang telah dikilatkan dengan rapi.
Di setiap penjuru, terpampang potret-potret tokoh Bugis yang menaikkan lagi aura klasik di rumah berkenaan.
Selain kipas dan lampu yang tergantung, hiasan dalaman rumah itu langsung tidak dicemari peralatan moden seperti yang biasa dilihat di rumah orang Melayu pada masa sekarang.
"Kayu jenis apa rumah ni? Nampak kemas dan gah," soal saya kepada Abd. Hadi.
Abd. Hadi berkata, rumah Seri Salewangeng dibina sepenuhnya menggunakan kayu belian yang diimport dari Jambi dan Kalimantan, Indonesia.
Jelasnya lagi, kayu belian merupakan sejenis balak yang tahan sehingga beratus tahun dan tidak lut dimakan anai-anai.
Bagaimanapun katanya, usaha untuk mendapatkan kayu tersebut bukan sesuatu yang mudah dan semestinya sangat mahal.
No comments:
Post a Comment