Difahamkan, dadah berkenaan yang diperoleh dari beberapa negara luar, biasanya seberat antara 300 gram hingga 1.5 kilogram disembunyikan dalam pelbagai barangan persendirian yang dikirim menggunakan perkhidmatan berkenaan, termasuk pemain cakera padat video digital (DVD).
Walaupun dalam jumlah kecil, penyeludupan dadah berkenaan dilakukan secara kerap selain dikatakan turut mendapat kerjasama sindiket pengedaran tempatan.
NOOR Rashid menunjukkan DVD yang mengandungi dadah.Sehingga kini, selain seorang lelaki tempatan, enam warga asing termasuk tiga wanita dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Nigeria dan Uganda berusia antara 22 hingga 42 tahun ditahan untuk siasatan.
Dalam enam serbuan yang dijalankan itu, 4.9 kilogram dadah jenis syabu dianggar bernilai kira-kira RM900,000 dirampas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pemerhatian pihaknya mendapati sindiket pengedaran dadah antarabangsa itu menyeludup dadah dalam kuantiti kecil yang disorok dalam barangan persendirian dihantar menggunakan kurier. - Iskandar Shah Mohamed
Sumber: http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment