Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan tiada kawasan mencatat kualiti udara tidak sihat setakat jam 5 petang semalam.
JAS merekodkan semua 52 kawasan yang dipantau di seluruh negara merekodkan bacaan IPU baik dan sederhana.
Sebanyak 18 tempat mencatat bacaan IPU baik manakala 34 lagi merekodkan bacaan IPU sederhana.
Antara kawasan yang berada pada paras baik ialah Tanah Merah, Kelantan (48), Jerantut, Pahang (38), Keningau, Sabah (40), Bintulu, Sarawak, (35), Kuala Terengganu, Terengganu (23) dan Labuan, Wilayah Persekutuan (47).
Kawasan yang mencatat bacaan sederhana termasuk Cheras, Kuala Lumpur (57), Shah Alam, Selangor (69), Kota Tinggi, Johor (52), Alor Setar, Kedah (61), Bandaraya Melaka, Melaka (91), Nilai, Negeri Sembilan (62), Tanjung Malim, Perak (51) dan Perai, Pulau Pinang (66).
Sumber: http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment