affiliate program Media Hari Ini Bersuara: Indonesia keluar fatwa larang pemburuan haram
Custom Search

Thursday, March 6, 2014

Indonesia keluar fatwa larang pemburuan haram

Indonesia keluar fatwa larang pemburuan haram  
Orang Utan jantan berusia 10 hari dipeluk ibunya di zoo Taman Safari Indonesia di bandar Pasuruan, Pulau Jawa, yang dirakam pada 24 Februari lalu. - Foto AP


Aktiviti sebabkan kepupusan hidupan liar tanpa alasan agama atau peruntukan undang-undang diisytihar haram

JAKARTA: Badan agama terkemuka Indonesia mengeluarkan fatwa melarang pemburuan haram dan perdagangan haiwan yang diancam kepupusan di negara itu, yang dipuji oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) sebagai yang pertama di dunia.

Semua aktiviti yang menyebabkan kepupusan hidupan liar tanpa alasan agama yang wajar atau peruntukan undang-undang adalah haram” Asrorun Ni’am Sholeh, Pegawai Majlis Ulama Indonesia

“Semua aktiviti yang menyebabkan kepupusan hidupan liar tanpa alasan agama yang wajar atau peruntukan undang-undang adalah haram. Ia termasuk pemburuan haram dan perdagangan haiwan yang diancam kepupusan.

Bunuh satu generasi

“Sesiapa yang mengambil nyawa, sebenarnya membunuh satu generasi. Ia tidak terhad kepada manusia, tetapi juga kehidupan ciptaan Tuhan yang lain, terutama jika mati dalam kesakitan,” kata Sholeh yang juga setiausaha suruhanjaya fatwa majlis itu.

Negara yang mempunyai 250 juta penduduk itu adalah negara paling ramai umat Islam di dunia, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada fatwa itu akan memberi sebarang kesan praktikal.
Hidupan liar Indonesia yang unik berdepan tekanan akibat pembangunan, pembalakan dan perluasan kawasan pertanian. Kerajaan tidak memberi reaksi kepada fatwa dengan melaksanakan perubahan dasar tertentu.

Umum 12 Mac ini

Bagaimanapun, seorang pegawai Kementerian Perhutanan yang enggan dikenali berkata kementerian dan majlis agama akan membuat pengumuman bersama mengenai fatwa itu pada 12 Mac ini. - AFP

Sumber: http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment