
Roy Hodgson (kanan) dan Steven Gerrard tersenyum ketika sidang akhbar menjelang perlawanan menentang Denmark di London semalam. - REUTERS
LONDON - Pengurus England, Roy Hodgson mendedahkan semalam bahawa pemain-pemainnya akan bekerjasama dengan pakar psikologi sukan terkenal dalam persediaan untuk ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil.
Dr. Steven Peters sebelum ini pernah bekerja rapat dengan beberapa pemain di Liverpool, termasuk kapten England, Steven Gerrard dan Hodgson percaya, doktor tersebut mampu memainkan peranan penting bagi membantu skuadnya.
Dia bukan seorang pakar psikologi sebarangan. Dr. Steve Peters, amat terkenal dengan kepakaran dalam bidangnya. Dia memiliki vitae kurikulum yang hebat dalam pelbagai bidang sukan dan telah berkhidmat dengan Liverpool dan (pengurus Liverpool) Brendan Rodgers, jadi Steve amat mengenalinya.
Perkara ini telah kami perkatakan sejak sekian lama, tetapi kami mahu mendapatkan pakar yang benar-benar layak. Saya bernasib baik kerana Brendan memberi saya peluang bercakap dengan Steve dan dia menerima jemputan kami, jadi kami amat gembira," kata Hodgson dalam sidang akhbar menjelang perlawanan persahabatan dengan Denmark semalam.
Hodgson mempunyai masa lebih tiga bulan sebelum England memulakan kempen Piala Dunia menentang Itali di Manaus, tetapi berkata, selepas pasukannya berkumpul sejak Isnin lalu, para pemainnya sudah mula memikirkan mengenai persaingan di Brazil.
Fokus kami telah mula menghala ke Brazil dan ini adalah masa terbaik untuk kami berbuat demikian. Kami juga telah berbincang tentang perancangan logistik kami dan di mana kami akan tinggal dan berapa lama.
Saya suka untuk memikirkan yang kadang-kala dalam dunia bola sepak awak boleh melakukan sesuatu dengan selesa seperti mana ketika berada di rumah sendiri, begitu juga dengan bilik persalinan dan bilik mesyuarat.
Awak pula boleh berbual secara santai dengan para pemain, seperti awak bercakap dengan ahli keluarga awak sendiri tanpa perlu rasa bimbang yang kata-kata awak itu akan disiarkan di dada akhbar atau pun stesen televisyen," jelas Hodgson. - AGENSI
No comments:
Post a Comment