Pegawai kastam membetulkan bunting 'JANGAN JUAL ATAU BELI ROKOK SELUDUP' pada pelancaran OPS Outlet di Restoran Nasi Kandar Pelita, Ampang.
Kuala Lumpur: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengisytiharkan 2014 sebagai tahun memerangi rokok haram yang menyebabkan negara kerugian RM1.9 bilion setahun dalam bentuk cukai.
Untuk tujuan itu, Ops Outlet 2014 dilancarkan semalam dengan sasaran mematahkan rangkaian penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok haram dengan menumpukan kepada peniaga serta peruncit.
Selain itu, KDRM akan meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana pihak yang ditangkap dan didapati bersalah menyeludup, mengedar, menjual, membeli atau memiliki rokok haram, bukan setakat denda.
Sumber: http://www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment