Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa
seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan
melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan
dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan
terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan
sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow berkata, sebaik
mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari
Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin
menuju lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi selepas berlaku
masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
“Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (
Kapten Zaharie Ahmad Shah)
adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam
penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi
berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
“Kami
juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan.”
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh
pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya
memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang
terdekat.
“(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau
Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke
Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran
Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah
dan jaraknya lebih dekat.”
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika
mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan
pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk
kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
“Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah
satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar
perlahan-lahan.
“Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini
pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan
yang panjang.”
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8
yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan
kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia
tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan
juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh
bertahan beberapa minit sahaja.
“Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap
dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi
sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran
memusnahkan papan kawalan dalam kokpit.”
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung
situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
“Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus.”
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: “Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi.”
Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia
tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. –
Cheakak
Sumber: plbgaimacam.blogspot.com
………………………..
Teori di atas dikongsikan Juruterbang Kelas 1
Kanada, Goodfellow yang mempunyai 20 tahun pengalaman menerbangkan
pelbagai pesawat multi-enjin menerusi laman Google+ Page miliknya pada
14 Mac lalu.
Ia mula menjadi viral selepas pos ini dikongsikan pembacanya di laman web reddit.com/.
Goodfellow mendakwa dia tampil dengan teori ini setelah
membaca terlalu banyak spekulasi dilontarkan terhadap insiden kehilangan
pesawat MH370 termasuk melibatkan pengganas, rampasan malah meteor.
Dia bagaimanapun mengaku tidak mempercayai kebanyakan
analisis berhubung insiden ini terutama yang dilaporkan oleh agensi
berita seperti CNN.
Justeru, Goodfellow tampil dengan teori yang ringkas, berdasarkan pengalamannya sebagai juruterbang.
Wallahu’alam.
Sumber:
http://adf.ly/glKJh